Aktres Kang Sora dilaporkan hamil anak pertama setelah berkahwin dengan suaminya pada Ogos lalu.

Khabar gembira itu pertama kali dilaporkan oleh media Korea Selatan sebelum pihak agensinya, Plum A&C membenarkan khabar tersebut.

"Kang Sora memang tengah hamil. Ini adalah sebuah berkat buatnya. Pada saat ini dia sedang menjalani rawatan biasa sebagai seorang ibu hamil dan sangat gembira. Dia juga berada dalam keadaan sihat," kata kenyataan yang dikeluarkan pihak agensi, semalam.

Sebelum ini satu sumber mengatakan bintang berusia 31 tahun itu tengah hamil dan mula menjalani rawatan rutin sebagai seorang ibu.

Anak pertama Kang Sora dijadualkan akan lahir pada bulan April 2021.

Menurut agensi, biarpun sedang hamil, Kang Sora masih aktif dan menjalani kariernya sebagai aktris seperti biasa.

"Dia juga tidak berfikir untuk berhenti selepas melahirkan. Dia mahu menjadi seorang aktres dan ibu dalam masa yang sama," kata agensi lagi.

Dalam kenyataan rasmi yang sama, pihak agensi meminta jasa baik daripada semua penggemar agar tetap menghormati privasi Kang Sora. Mereka juga meminta maaf kerana tidak dapat memberikan butiran lanjut mengenai khabar bahagia ini.

"Kami berharap agar semua peminat terus menghormati privasinya dan memberi dia ruang menjalani fasa ibu hamil dengan tenang. Terima kasih," tutup kenyataan tersebut.

"Kami meminta pengertian kalian yang murah hati tentang fakta bahwa kami tidak dapat memberikan informasi yang lebih rinci mengenai privasi para aktor yang menjadi milik mereka,"

"Kami ingin mengucapkan terima kasih yang dalam kepada semua orang yang selalu menonton dengan penuh kasih sayang dan akan berterima kasih jika kalian memberkati dan merayakan hal ini bersama. Terima kasih," tutup agensi.

Sebelumnya, Kang Sora berkahwin dengan suaminya yang bukan dalam kalangan selebriti secara tertutup dan mengikut protokol kesihatan kerana pandemik Covid 19.

Kredit Foto: KPopmap.com