Gaya Hidup
“Kanser Payudara Mama Kembali Menyerang” - Jalani Pembedahan, Syed Saddiq Mohon Doa Kesihatan Ibu
Bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memohon semua wargamaya mendoakan kesihatan ibunya yang berperang dengan penyakit kanser payudara.
Menerusi laman sosial Facebook, Syed Saddiq bergegas meninggalkan Parlimen untuk pulang ke Johor untuk bersama ibunya yang kini berada di hospital.
“Terpaksa meninggalkan Parlimen awal untuk ke Johor, demi mama. Ibu saya pejuang. Pada tahun 2013, dia menang melawan kanser payudara.
“Dua minggu lalu kami dapat tahu kanser tersebut kembali menyerang. Esok (hari ini) mama akan menjalani pembedahan bagi membuang sel kanser.
“Saya harap rakan-rakan boleh doakan untuk kesihatan mama. Terus kuat ma, saya akan sentiasa ada bersama mama,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu lagi, dilihat Syed Saddiq memeluk erat ibunya yang memilih untuk menjalani rawatan di hospital kerajaan.
Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Ibu ahli parlimen Muar ini agar segera sembuh melawan kanser.
“Ibu mertua saya juga pejuang kanser. Walaupun saya bukan penyokong YB, atas dasar empati saya doakan semoga ibu YB dipermudahkan segala urusannya, ameen,” doa seorang wargamaya.
“Saya doakan mama Saddiq sihat sejahtera lepas pembedahan nanti ya. Bab ni kita sama-sama merasai, sama-sama terkesan deritanya,” tulis seorang wargamaya.
“Kalau bab ibu bapa kita sakit, memang sedih. Saya doakan ibu YB dalam lindungan Allah selalu. Saya cukup sedih kalau ada ahli keluarga yang sakit terutama ibu bapa,” luah seorang wargamaya.
“Ibu YB seorang guru pencen. Mungkin beliau lebih gemar guna hospital kerajaan. Sikap ibu dia saya respek!” puji seorang wargamaya.
“Semoga ibu YB kembali sihat secantik dan seanggun dirinya. Patutlah anak hensem, ibunya cantik sangat,” komen seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 40,000 reaksi dan 4,500 komen positif daripada warga Facebook.
Must-Watch Video