Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kantoi Berkhalwat Dengan Seorang Model Berstatus Isteri Orang, Ifan Seventeen Bakal Berdepan Hukuman

Rozaimi Zubaidi
12/06/2019 09:46 MYT
Vokalis kumpulan Seventeen, Ifan telah ditangkap berkhalwat bersama seorang model wanita yang dikenali sebagai Citra Monika di sebuah pangsapuri minggu lalu.

Menurut laporan Kapan Lagi, Ifan bakal berdepan hukuman selepas suami kepada Citra Monika telah membuat laporan polis di Bandung, semalam.

"Ya betul. Suami Citra Monika telah membuat laporan polis," ujar seorang pegawai polis yang mengesahkan mengenai laporan itu.

Pada minggu lalu, heboh apabila sebuah video berkaitan kes itu menjadi tular di media sosial.

Video yang durasi satu minit 54 saat itu, menunjukkan Ifan berpakaian seluar pendek berwarna merah jambu dan berbaju t-shirt hitam keluar dari sebuah bilik selepas beberapa individu memasuki pangsapuri itu.

Selepas dia duduk di sofa, dia disoal siasat oleh individu yang datang membuat serbuan terbabit.

Terdahulu, Ifan atau nama sebenarnya, Riefan Fajarsyah kehilangan isterinya Dylan Sahara dan tiga anggota kumpulannya selepas meninggal dunia dalam kejadian tsunami Anyer, Banten.

Sumber: Kapan Lagi
#Penyanyi #Penyanyi #Ifan Seventeen