Ha, kali ni Miss K bawakan gosip panas mengenai artis propa yang diceritakan oleh seorang rakan Miss K yang comel orangnya.

Menurut kawan Miss K yang bernama Pekan, dia terdengar cerita mengenai artis wanita seorang ni. Katanya, artis wanita ini dijadualkan menghadiri sesi interview di sebuah stesen radio.

Ala, interview tu pun adalah bertujuan untuk mempromosikan produk artis ini di corong radio, nak bagi publisiti percuma tau!

Beberapa jam sebelum sesi interview tersebut berlangsung, tiba-tiba artis ni kata dia tak dapat datang dan memberikan komitmen kerana ada masalah kesihatan.

"Ya, dia kata dia tak sihat. Kalau tak sihat, terpaksalah batal sesi tersebut. Stesen radio tu pun memahami sebab melibatkan masalah kesihatan kan, tak dapat nak elak.

"Lagi pun Miss K, sekarang kan memang musim orang demam sebab cuaca tak menentu, sekejap panas sekejap hujan," cerita Pekan.

Tambah Pekan lagi, perasaan bersangka baik itu hilang apabila melihat ruangan Instagram Stories (IGS) artis terbabit.

"Orang dah sakit kan, jadi kita mendoakan dia segera sembuh lah Miss K. Tapi, apa yang membuatkan darah aku naik tu Miss K apabila aku tengok IGS artis tu.

"Betapa bengangnya aku bila tengok artis tu dengan muka happy dan sihat pergi menghadiri sesi facial di sebuah pusat kecantikan. Siap promote dan tag lagi tempat tu Miss K oi.

"Aku pun tak nak fikir benda lain, terus aku click kat pusat kecantikan yang dia tag di IGS tu. Ye la, aku pun kena check, takut-takut tu hanya posting throwback ke ape ke kan...

"Rupanya, memang sah dia pergi buat facial masa tu, masa yang sepatutnya dia datang ke sebuah stesen radio untuk sesi interview! Akaun Instagram pusat kecantikan tu pun ada buat IGS mengenai kunjungan artis ni yang datang buat facial di sana. Alahai, geramnya aku Miss K!" luah Pekan.

Hmm, bagi Miss K, tak patutlah artis tu buat perangai. Sesi interview tu pun diadakan sebab nak promosi produk awak, nak bagi publisiti percuma. Lepas tu cancel, guna alasan sakit... Yang paling geram, rupanya kantoi menipu.

Alahai, perangai tu berubahlah. Tolong profesional sikit... Jangan main-main bab sakit ni!

Miss K: Tak sabar tunggu drama terbaru slot Megadrama, Patah Sayap Bertongkat Paruh yang bakal bersiaran esok!