Kantoi Masak Mi Segera, Shaheizy Sam Diperlekeh Isteri Gara-Gara #20DaysChallenge

Azwa Rahman
Ogos 24, 2019 14:28 MYT
Aktor Shaheizy Sam disindir isterinya, pelakon Syatilla Melvin selepas dia didapati kantoi sedang memasak mi segera biarpun sedang mengikuti misi kurus.
Video tersebut dikongsi oleh isterinya menerusi laman Instagramnya semalam.
“Tiga hari lagi dah nak habis misi kurus awak. Satu Malaysia tunggu kau Sam.
“Tapi awak main hasut-hasut orang makan. Kita tunggu dah lihat,” tulis Syatilla sebagai kapsyen.
Shaheizy Sam atau lebih mesra disapa sebagai Sam sedang mengikuti program kurus #20DaysChallenge sebagai persediaan untuk menjalani penggambaran filem Polis Evo 3.
Malah, Sam turut menjemput 33 peminatnya untuk turut sama menurunkan berat badan dalam masa 20 hari.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan aksi suami isteri tersebut.
Lebih menghiburkan apabila Sam turut meninggalkan komen berbaur dendam gurauan pada video isterinya itu.
Masih berbaki tiga hari lagi, keputusan akhir untuk #20DaysChallenge akan didedahkan pada 26 Ogos ini.
Video itu sehingga kini telah mendapat hampir 560,000 tontonan.
#Shaheizy Sam #Kurus #Pasangan selebriti