Persoalan akhirnya terjawab!

Jika sebelum ini kecoh apabila aktres Nabila Huda menghalang netizen melakukan carian atau search berkaitan sebuah video, namun hari ini semuanya sudah terungkai, kantoi!

Pada yang tidak tahu, semalam, Nabila Huda membuatkan ramai netizen tertanya-tanya kerana tidak membenarkan orang ramai search berkaitan ayam goreng viral.

Bukan saja itu, hal tersebut juga sudah membuatkan ayahnya, Amy Search tersinggung apabila ia membabitkan perkataan Search.

“Jangan Search” kata Nabila!

Namun, hari ini semuanya sudah terjawab dan ayam goreng viral dimaksudkan adalah Ayam Goreng McD!

Patutlah Nabila halang orang ramai search video ayam goreng viral!

Kenapa Halang Orang Search Ayam Goreng Viral?

Mungkin ramai terlupa yang Ayam Goreng McD pernah mencetuskan fenomena sejak 2017 hinggalah sekarang.

Semuanya gara-gara promosi Ayam Goreng McD dalam bentuk video ASMR yang memfokuskan kenikmatan dan kerangupanayam goreng tersebut.

Dengan bunyi rangup yang ditambah dengan kepedasan memukau, orang ramai jadi tak tentu arah!

Senang kata, semua terliur tonton video tersebut!

Malah, disebabkan itu juga ayam goreng McD cepat sold out ketika itu.


Masih ingat lagi momen sold out itu? Hebat bukan? Siapa sangka ayam goreng boleh sold out!

Fenomena Ayam Goreng McD itu juga tidak terhenti pada 2017 apabila McD sekali lagi mengeluaran video yang hampir samapada 2018.

Namun, pada 2019, ledakan Ayam Goreng McD makin‘membara’ apabila versi 3x extra spicy dilancarkan!

Ayam Goreng McD Kembali 2020!

Kali ini, pada 2020, menu ‘berhantu’ itu kembali lagi dan pastinya orang ramai tak sabar menikmati Ayam Goreng McD.

Sekarang, sudah terjawab mengapa Nabila Huda melarang orang ramai search ayam goreng viral!

Mungkin tidak mahu kejadian sama berlaku pada 2020 ini, tak mahu ‘pisang berbuah dua kali’.

Ye lah, Ayam Goreng McD ni rangup dia terasa, Bukan Macam Biasa!

Kalau leka atau lambat, memang terlepaslah nak merasai kenikmatan Ayam Goreng McD yang rangup, pedas dan empuk!

Apapun, anda boleh saksikan video viral tersebut di bawah.