Viral
‘Kantoi’ Rakam Video Dari Bawah Skirt Perempuan, Lelaki Berusia 33 Tahun Ditahan Polis
Satu individu ditahan pihak berkuasa selepas didakwa membuat rakaman video bawah skirt seorang wanita dari bawah pentas dalam acara di sebuah pasar raya Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, lelaki berusia 33 tahun itu membuat rakaman tidak senonoh tersebut menggunakan telefon bimbit miliknya .
BERITA TRENDING: "Takkan Lah Bodoh Sangat Aku Nak Patahkan Kunci!” - Pelanggan Carwash Dakwa Pekerja Tak Mahu…
“Kira-kira pukul 9 malam, pengadu yang juga seorang wanita tempatan dimaklumkan oleh orang awam bahawa suspek membuat rakaman video tidak sopan menggunakan telefon bimbit dari bawah pentas.
“Seterusnya, rakan pengadu bersama dengan orang awam telah berjaya mengesan dan menangkap suspek di dalam kawasan pasar raya tersebut,” jelasnya.
Tambahnya lagi, tangkapan semula ke atas suspek telah dilakukan kira-kira jam 11.15 malam setelah pihak polis meneliti maklumat yang diterima oleh saksi kejadian.Rakam bawah skirt perempuan.... pic.twitter.com/g08P2veaye
— MYNEWSHUB (@mynewshub) January 20, 2024
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Tindakan reman dibenarkan ke atas suspek selama tiga hari bermula 20 sehingga 22 Januari 2024.
Must-Watch Video