Bintang antarabangsa, Kanye West kini bukan lagi seorang bilionair.
Forbes melaporkan penyanyi rap itu kehilangan statusnya sebagai bilionair selepas perjanjian bersama Adidas ditamatkan susulan kontroversi kenyataan anti-semitik yang dikeluarkannya.
Syarikat itu pada awal bulan ini memaklumkan bahawa kerjasamanya dengan artis yang turut dikenali sebagai Ye itu "sedang diteliti" sebelum mengumumkan menamatkan kontrak Ye dua hari lepas.
Menurut majalah kewangan itu, kerjasama bertahun-tahun Ye dengan Adidas bernilai AS$1.5 bilion dan tanpanya, nilai Ye hanya sekitar AS$400 juta.
Apa yang kekal dalam empayar kewangan Kanye selepas kehilangan kontrak Adidas adalah "hartanah, wang tunai, katalog muzik, dan pegangan 5 peratus dalam firma pakaian bekas isterinya, Kim Kardashian, Skims," lapor Forbes.
Jenama lain yang telah menghentikan kerjasama dengan Ye termasuklah Balenciaga, syarikat produksi MRC dan Agensi Creative Artists. Gap juga telah membawa keluar produk Ye, Yeezy daripada rak dan pengeluaran, dan menutup kedai dalam talian Yeezy Gap.
Sementara itu, Kim dan kakaknya, Khloé bersuara secara terbuka menyokong komuniti Yahudi namun tidak menamakan Kanye atau membalas komen Ye secara terus.
Awani
Sat Oct 29 2022
.jpg?ext=.jpg)

KL Dijangka Sesak, Ini Senarai Jalan Yang Bakal Ditutup Hujung Minggu Ini
Rancang perjalanan anda

Putri Ariani Tewas Dengan Duo Anjing Di AGT, Simon Cowell: “Pada Akhirnya Ini Pertandingan”
Peringkat akhir America Got Talent (AGT) musim ke-18 melabuhkan tirai dengan pengumuman pemenang yang tidak berpihak kepada peserta paling mencuri perhatian dunia, Putri Ariani.

Sepatutnya Ayda Jebat Sambut Kelahiran Anak Ke-2 Pada Ulang Tahun Perkahwinan Ke-3, Tetapi…
Ini sebabnya

“Tak Lama Lagi Giliran Kita” - Azira Shafinaz Beri Bayangan Bakal Kahwin?
Macam tak lama lagi je...

Suami Eina Azman Hadiahkan 4 Biji Telefon Bimbit - “Tak Tahu Kenapa Dia Beli Banyak Sangat”
Wah banyaknya!

Perut Buncit Dianggap ‘Baby Bump’, Sweet Qismina ; “Saya Takkan Terasa Sebab…”
Semoga Sweet dikurniakan zuriat.

GMW Giveaway: Tiket Tapau Fest

GMW Giveaway: Tiket Konsert Butterfingers Malayneum 23

Jijik! Pengkaji Haiwan Lakukan S*ks Dengan 42 Anjing, 39 Mati Terseksa
Adam Britton mengaku bersalah di atas 60 pertuduhan

Khairul Aming Dedah Tidak Memiliki Rumah, Hanya Ada Satu Pinjaman Bank
Ramai terinspirasi