Kanye West Dikecam Gara-Gara Adidas Yeezy Boost Israfil & Asriel
Fiza Kamarudin
25/08/2020 15:27 MYT
25/08/2020 15:27 MYT
Penyanyi rap dari Amerika Syarikat, Kanye West, dituduh menghina Islam gara-gara nama yang diberikan kepada rangkaian kasut Adidas, Yeezy Boost.
Difahamkan Yeezy Boost 350 V2 Israfil sudah berada dipasaran, manakala Yeezy Boost 350 V2 Asriel bakal dilancarkan pada bulan hadapan.
Nama yang diberikan kepada dua jenis kasut tersebut dianggap menghina Islam kerana menyerupai nama Malaikat Israfil (peniup sangkakala) dan Asriel adalah salah satu malaikat maut.
Sehubungan itu di media sosial rata-rata pengguna mula melancarkan kempen untuk memboikot Adidas sekiranya mereka tidak menukar nama kasut tersebut.
Mereka menganggap Adidas melampau dan menghina Islam serta melakukan perkara memalukan.
Sebuah petisyen menerusi laman web change.org turut diwujudkan agar Adidas menukar nama barisan kasut terbaru Yeezy itu.