Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Kanye West Tak Cuba Selamatkan Rumah Tangga? Ini Sebabnya...

Asraf Aided 17/02/2021 | 13:45 MYT
Umum mengetahui pasangan popular Hollywood, Kanye West dan Kim Kardashian sedang dalam proses untuk bercerai.
Memetik laporan Celebrity Insider, ada sumber mengatakan Kanye sebenarnya tidak mencuba untuk selamatkan rumah tangganya bersama mogul kosmetik itu.
Sumber juga mengatakan, Kanye merasakan penceraian adalah satu perkara yang tidak dapat mereka elakkan.
Difahamkan, Kanye hanya menunggu masa untuk meletakkan titik noktah dalam rumah tangganya itu.
Pada masa yang sama, Kanye tidak berjumpa anak-anaknya serta seluruh keluarga Kardashian.
Imbas kembali, Kim dan Kanye berkahwin pada tahun 2014 di Itali.
Hasil perkongsian hidup, mereka memiliki empat cahaya mata, North, 7, Saint, 5, Chicago, 3, dan Psalm yang baru berusia setahun lapan bulan.
Sumber : Celebrity Insider
Kredit Foto : People.com
;