Hiburan
Kapsyen Isteri Noh Bikin Suspens, Netizen Mula Ucap Tahniah!
"Aidil-fit-three," demikian kapsyen yang ditulis isteri kepada penyanyi Noh Salleh, Athira Mustapa di Instagram yang sekali gus mencetuskan rasa suspens dalam kalangan warganet.
'Three' yang ditulis membawa makna tiga itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen yang akhirnya membawa kepada ucapan tahniah kepada pasangan yang baru mendirikan rumah tangga tahun lalu itu.
BERITA TRENDING: Manis Berbusana Putih, Senyum Malu-Malu, Noh Salleh & Athira Selamat Bernikah
Ada yang membuat spekulasi bahawa kapsyen itu sebagai 'hint' bahawa mereka bakal bertiga tidak lama lagi."Three? Jeng jeng jeng.
"Wah dah tiga ni.
"Congrats?
"Congratulations bakal menerima orang baru.
"Alhamdulillah, congrats to both of you.
"Akhirnya... anak sendiri soon," demikian tulis beberapa pengguna di media sosial.
Untuk rekod, Noh dan Athira Mustapa telah selamat mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis tertutup di Puchong pada 23 September 2023.
Terdahulu, Noh pernah mendirikan rumah tangga dengan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina pada 2 Julai 2011, namun bercerai pada Ogos lalu.
Noh dan Nina tidak dikurniakan cahaya mata namun mempunyai seorang anak angkat bernama Musa.
BERITA TRENDING: "Kau Tak Pernah Jaga Dia, Tinggal Pergi Dating"- Noh Salleh Dakwa Mizz Nina Sebabkan Trauma Musa
PILIHAN PEMBACA: Mizz Nina Bawa Musa Jumpa Pakar Psikiatri - "Waktu Pulang Rumah Dia Cirit Birit, Muntah, Kuku Panjang & Kotor"Pada Jun lalu, Nina sudah mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya yang juga penyanyi rap asal Amerika Syarika, Essam Muhammad.
Must-Watch Video