“Karakter Lakonan Kau Tu Adalah ‘The Real You’ - Bekas Isteri Jay Iswazir
Dakwa Jay Cari Perempuan Lain
Menerusi pendedahan di Instagram (IG), Azzahra mendedahkan dia terpaksa menanggung penderitaan selama bergelar isteri kepada Jay.
“Karakter lakonan kau tu adalah the real you yang aku sebagai isteri kau dulu kena hadap.
“Depan kawan kau potreykan diri kau seorang yang kelakar happy go lucky tapi yang menghadap baran kau psiko kau dekat rumah adalah aku.
“Sekarang ni dikala aku masih dalam edah ni pun kau masih ada hati nak cari mangsa baru. Please la perempuan yang berkenaan atau sewaktu dengannya janganlah tertipu dengan lakonan dia kalau tak nak hidup korang pun hancur macam aku.
“Tak mudah ye jantan macam ni nak berubah dan apa yang aku buat selama ni tak pernah cukup utk manusia narsistik macam dia ni,” tulisnya.
Tak Pernah Berkira Soal Nafkah
Dalam pada itu, Azzahra mendedahkan dia tidak pernah berkira soal nafkah malah tidak pernah meminta wang daripada bekas suaminya itu.
“Nafkah aku selama jadi isteri kau pun aku tak pernah berkira kadang kau bagi kadang tak sebab aku faham kau tak ada job dan aku tak pernah mintak duit kau pun selama jadi bini kau tapi perangai tu bagi elok janganla jadi gila tak bertempat kau nak hayun bini kau nak maki hamun segala kena sedar diri kau tu.
“Sebelum ni ex kau pernah cakap takkan ada perempuan sanggup terima kalau kau buat perempuan macam ni then aku pula repeat benda yang sama takkan ada perempuan yang boleh tahan kalau macam ni kau perlakukan perempuan.
“Bercakap konon macam faham agama tapi penunggang agama manusia macam kau ni,” tutupnya.
Terdahulu, Azzahra mendedahkan dia terpaksa hidup sengsara bersama Jay malah dipaksa untuk menggugurkan kandungan selain sering dikasari sejak tiga bulan pertama berkahwin.