Hiburan

Karan Johar Kecewa Dikatakan Pasangan Gay Shah Rukh Khan

gempak
Kamaruddin Razal
10/01/2017
10:40 MYT
Sponsor Banner
Karan Johar Kecewa Dikatakan Pasangan Gay Shah Rukh Khan
Pengarah sensasi Bollywood, Karan Johar pernah kecewa apabila dikatakan menjalin hubungan sejenis dengan pelakon popular Shah Rukh Khan (SRK).
"Dakwaan tersebut membuatkan saya rasa marah dan kecewa. SRK adalah sahabat baik saya dan dia merupakan seorang lelaki yang mempunyai personaliti yang baik sebagai seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab.
"Saya sendiri tidak memahami bagaimana ada tuduhan yang mendakwa saya menjalin hubungan dengan seseorang yang saya sudah anggap sebagai abang sendiri?
"Hubungan saya dengan SRK memang ada naik dan turun, tapi itu tidak bermakna kami menjalinkan hubungan istimewa," kata Karan menerusi buku biografinya yang berjudul The Unusuitable Boy.
Karan bersahabat baik dengan SRK dan mereka mempunyai hubungan yang sangat akrab. SRK terlibat dalam filem pertama arahan Karan, Kuch Kuch Hota Hai yang menjadi antara filem Bollywood paling diingati sehingga kini.
Olahan oleh: Kamaruddin Razal Sumber: The News International
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live