Hollywood

Kardigan Dipakai Kurt Cobain Ketika Persembahan Album Unplugged Dijual! Lebih ‘Rare’…Ada Lubang Terkena Puntung Rokok!

gempak
Fiza Kamarudin
22/10/2019
04:16 MYT
Sponsor Banner
Kardigan Dipakai Kurt Cobain Ketika Persembahan Album Unplugged Dijual! Lebih ‘Rare’…Ada Lubang Terkena Puntung Rokok!
Baju kardigan ikonik dipakai vokalis kumpulan Nirvana, Kurt Cobain ketika persembahan album Unplugged pada 1993 akan dijual Jumaat ini!
Pakaian sejuk berwarna hijau zaitun yang sudah lusuh itu mempunyai kesan kotoran gelap dan satu lubang kecil disebabkan terkena puntung rokok.
Kardigan tersebut dijangka dijual antara AS$200,000 (RM836,460) hingga AS$300,000 (RM1.25 juta) pada lelongan Jumaat ini.
Pelelong Julien’s Auctions dalam satu kenyataan berkata, gitar Mustang Fender milik Cobain yang digunakannya sewaktu konsert jelajah In Utero juga akan dijual dalam lelongan selama dua hari itu.
Ini kali kedua Julien’s melelongkan kardigan jenama Manhattan itu yang pernah dijual pada harga sebanyak AS$137,500 (RM575,231) pada November 2015.
Julien’s mendapatkan kardigan itu daripada Jackie Farry, pengasuh anak perempuan Cobain, Frances Bean yang kini berusia 27 tahun.Persembahan langsung album Unplugged dirakam kurang enam bulan sebelum Cobain membunuh diri.
Kertas pinggan terpakai yang digunakan penyanyi itu untuk menulis senarai lagu Nirvana bagi persembahan di sebuah kelab di Washington dilelong sebanyak AS$22,400 (RM93,710) pada awal tahun ini.
Satu lagi kardigan yang dipakai Cobain pada sesi penggambaran terakhirnya berjaya dijual pada harga AS$75,000 (RM313,762).
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live