Hiburan
Kareena Kapoor Bimbang Jadi Gemuk Selepas Bersalin
Pelakon Bollywood, Kareena Kapoor 36, bimbang akan menjadi gemuk selepas bersalin serta mula merasa takut untuk menjadi seorang ibu.
Menurutnya, kedua-dua perkara tersebut membuatkan dirinya tidak yakin untuk menghadapi cabaran baru dalam hidupnya.
Kareena yang bakal melahirkan anak sulung pada bulan depan turut akui berat badannya naik mendadak kerana hamil.
“Sejujurnya perasaan gementar untuk melahirkan anak semakin menjadi-jadi, malah risau sekiranya tidak dapat melangsingkan badan selepas bersalin nanti.
“Untuk atasi masalah itu, saya banyak menerima nasihat daripada suami tersayang Saif, tidak henti-henti memberi galakan dan dorongan terutama mengenai berat badan dan juga persediaan sebagai seorang ibu.
“Saif kata jangan takut apa pun yang terjadi dia tetap menyayangi saya walaupun tidak langsing seperti dulu,” kata Kareena kepada portal Pinkvilla, baru-baru ini.
Tambah Kareena lagi, rasa amat bersyukur kerana mempunyai suami yang sangat tabah dan melayan sikapnya yang aneh-aneh ketika hamil.
“Saya kagum dengan Saif yang sangat tenang melayan emosi yang kadangkala baik mahupun tidak.
“Sepanjang saya hamil ini, saya dan suami tidak berehat di rumah saja, kami sempat meluangkan masa untuk pergi ke majlis-majlis rasmi serta bersiar-siar.
“Semoga sikap Saif ini kekal sehingga anak pertama kami dilahirkan,” katanya.
Olahan: Mohd Ishahrulddin Tahir
Sumber: Pinkvilla.com