Laman Utama

Kareena Kapoor Dedah Anak Kedua Selepas 20 Hari Bersalin

gempak
Syafiqah Jalal
16/03/2021
12:45 MYT
Sponsor Banner
Kareena Kapoor Dedah Anak Kedua Selepas 20 Hari Bersalin
Aktres Bollywood, Kareena Kapoor Khan akhirnya berkongsi gambar pertama bayi keduanya selepas lebih 20 hari bersalin.
Menerusi satu kemas kini Kareena di akaun Instagram (IG) miliknya memuat naik gambarnya bersama bayi yang membelakangi kamera.
"Tiada apa yang tidak dapat dilakukan oleh wanita. Selamat Hari Wanita,” katanya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikut serta peminatnya yang mengucapkan tahniah di ruangan komen.
Kareena dan suaminya, aktor Saif Ali Khan menyambut kelahiran bayi lelaki kedua mereka itu pada 21 Februari.
Laporan media tempatan menyebut Kareena melahirkan bayi keduanya di Hospital Breach Candy Mumbai.
Ogos tahun lalu, Kareena mengumumkan kehamilan keduanya dengan kenyataan yang dikeluarkan bersama dengan Saif.
Saif dan Kareena berkahwin pada 16 Oktober 2012. Anak sulung merek,a Taimur, dilahirkan pada Disember 2016.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live