Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Kareena Kapoor & Saif Ali Khan Timang Cahaya Mata Kedua!

Asraf Aided
21/02/2021 13:10 MYT
Pasangan popular Bollywood, Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor dilaporkan menyambut kelahiran anak lelaki kedua pada pagi Ahad.

Perkara itu disahkan oleh bapa Kareena, Randhir Kapoor kepada The Indian Express.

Menurutnya, keadaan Kareena dan bayi tersebut adalah baik-baik sahaja, sementara pihak media di sana masih menunggu kenyataan daripada Saif dan Kareena.

Berita gembira itu menarik perhatian sepupu Kareena, Riddhima Kapoor Sahni yang mengucapkan tahniah di media sosial, tidak ketinggalan, pereka Manish Malhotra juga turut berbuat perkara sama.

Sebelum ini, Kareena mengumumkan kehamilan keduanya itu menerusi Instagram tahun lalu.

Kareena dan Saif mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Taimur Ali Khan pada 2016.





 
#Kareena Kapoor #Saif Ali Khan #Anak Kedua