“Karier Saya Berakhir Di Sini…”- Mahu Selamatkan BIGBANG, Seungri Umum Bersara Dari Industri

Mya Amri
Mac 11, 2019 10:37 MYT
Anggota kumpulan K-Pop terkenal, BIGBANG, Seungri mengumumkan bahawa dirinya secara rasmi telah bersara dari Industri hiburan.
Berita tersebut diumumkan sendiri oleh Seungri menerusi kenyataan di akaun Instagramnya sebentar tadi.
“Ini adalah Seungri, buat masa ini nampaknya adalah lebih baik sekiranya saya mengambil keputusan untuk bersara daripada industri hiburan.
“Saya mengambil keputusan ini berikutan kerana kontroveri yang menimpa saya menjadi semakin besar.
“Saya masih lagi berada dalam siasatan dan saya akan menerima siasatan yang dilakukan itu dnegan hati yang terbuka.
“Sejak beberapa bulan yang lalu, saya telah menerima banyak kritikan dan komen-komen negatif daripada masyarakat menyebabkan seluruh penyiasat di negara ini menyiasat tentang saya.
“Saya tidak boleh terima sekiranya saya adalah penyebab orang di sekeliling saya terluka. Sejujurnya saya ini mengucapkan terima kasih kepada semua peminat di dalam mahu pun di luar Korea yang menunjukkan kasih sayang mereka kepada saya sejak 10 tahun lalu.
“Untuk kebaikan dan megnhomati BIGBANG dan juga YG, karier saya berakhir di sini. Saya mahu meminta maaf sekali lagi. Terima kasih untuk segalanya,” tulisnya.
Terdahulu, kelab milik Seungri, Burning Sun dituduh terbabit skandal rasuah, penggunaan dadah terlarang dan pelacuran.
Seungri juga didakwa terbabit dengan ‘rasuah seks’ dengan menyediakan pelacur untuk pelabur asing di kelab peribadi miliknya.
Sumber: Soompi / Allkpop
#Bigbang #Artis Korea #Seungri