Karipap Tersenarai Pastri Paling Lazat Di Dunia, Croissant Pun Terciduk!
Mya Amri
28/01/2024 11:58 MYT
28/01/2024 11:58 MYT
Jika sebut sahaja tentang makanan untuk minum petang, pasti yang terlintas di fikiran adalah karipap.
Kuih kegemaran rakyat Malaysia ini cukup sinonim dengan mana-mana acara terutamanya selepas meeting.
Paling istimewa, tidak hanya di Malaysia, keenakan karipap ini boleh dikatakan sudah ‘mendunia’ apabila portal TasteAtlas telah menyenaraikan kuih ini dalam 100 Pastri Terbaik di Dunia.
Berada dikedudukan kelima terbaik dunia, karipap telah memerima skor 4.6 daripada 5 bintang.
Ini membuktikan karipap sebagai sajian lebih enak berbanding croissant di tangga ke-8 dengan skor 4.5 bintang.
Manakala pastri terkenal lain yang berada dalam senarai adalah kunafah di tempat ke-10, baklava di tangga ke-17 dan cinnamon rolls di nombor 18.
Selain kentang, karipap juga popular dengan inti daging, ayam dan juga sardin.
Untuk rekod, laman TasteAtlas yang berpangkalan di Sofia, Bulgaria sering mengumpulkan resipi asli, ulasan pengkritik makanan dan artikel penyelidikan tentang bahan dan hidangan popular dari serata dunia.