Hiburan
Karisma Kapoor Bakal Tinggal Serumah Dengan Kekasih
Aktress bollywood, Karisma Kapoor dikhabarkan bakal tinggal serumah dengan kekasihnya Sandeep Toshniwal.
Selepas tiga tahun berpisah dengan suaminya Sunjay Kapoor, Karisma kini dikatakan sedang dilamun cinta dengan Sandeep sejak setahun yang lalu.
Menurut kata seorang sumber pasangan ini sudah menemui sebuah rumah idaman mereka dan bakal tinggal bersama tidak lama lagi.
Hubunga mereka juga dikatakan sudah semakin serius apabila Karisma sudah pun memperkenalkan Sandeep dengan keluarganya.
Rumah jenis apartment yang bakal mereka didiami itu mempunyai tiga bilik tidur dengan dekorasi berkonsepkan mewah.
Sumber: Bollywood Life