Laman Utama

“Karisma Mungkin Kurang Tapi Dari Segi Kecaknaan Isu, Dia Juara” - Rani Kulup Umum Bertanding Parlimen Port Dickson, Netizen Kata Onz!

gempak
Mya Amri
27/10/2022
06:30 MYT
Sponsor Banner
“Karisma Mungkin Kurang Tapi Dari Segi Kecaknaan Isu, Dia Juara” - Rani Kulup Umum Bertanding Parlimen Port Dickson, Netizen Kata Onz!
Pengumuman aktivis masyarakat popular yang dikenali dengan nama Abdul Rani Kulup untuk bertanding di Parlimen Port Dickson mewakili Parti Barisan Penyatuan Nasional (BPN) ternyata mengundang pelbagai reaksi netizen.
Menariknya, rata-rata netizen memberikan pandangan positif dan berharap orang ramai dapat melihat penglibatannya itu dari sudut positif.
Kata mereka lagi, Rani Kulup atau lebih mesra dengan panggilan Ayahanda itu sebenarnya mempunyai visi dan misi tersendiri.
Selain itu, aktivisi berusia 67 tahun ini juga dikatakan lebih peka tentang isu-isu semasa yang berlaku melibatkan rakyat.
Berikut merupakan antara reaksi netizen:
“Rani Kulup ni kalau dilihat dari sudut karisma dan intelek, mungkin kurang. Tapi dari segi kecaknaan terhadap isu yg berlaku, dia juara. Terpulang pada orang PD. Nakkan calon yg luaran nampak indah tapi jarang nampak muka atau luaran melucukan tapi khidmatnya dekat dgn rakyat dan sentiasa mendepani isu semasa,”
“Steady Lop... Penampakan dia sering ke balai polis buat report... Ada bagusnya juga dia ni selalu ambil tau dengan apa yang berlaku... Kiranya dia ni dekat dengan rakyat boleh lah sering buat rujukan,”
“Ada bagusnya juga, dia ni selalu prihatin dengan masalah semasa,”
“Secara jujur walaupun RK ni macam merapu, tapi dia masih ada misi tersendiri mewakili Veteran ATM. Silap-silap boleh menang,”
Rani Kulup dijangka berdepan saingan sengit daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mewakili Pakatan Harapan (PH) dan pelakon dan pengarah, Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri mewakili Gerakan Tanah Air (GTA).
Rani Kulup yang juga Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) membuat keputusan untuk menyertai politik selepas 22 tahun berjuang membawa suara rakyat melalui platform pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Kredit foto: AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live