Pelakon Karl Shafek mendedahkan dia perlu menjalani ujian darah pada setiap bulan bagi memantau tahap keradangan badan sejak setahun yang lalu.

Menurut Shafek, 41, keradangan yang dialami itu adalah kesan penyakit Ankylosing Spondylitis yang dihidapinya sebelum ini.

"Rutin setiap bulan. Check darah untuk pantau tahap keradangan dalam badan sejak setahun lepas. Harapnya keputusan darah keluar nanti tak adalah tinggi sangat radang dalam badan ni.

"Orang normal 3-5 sahaja bacaannya, tapi saya sekitar 60-80. Pernah turun tiga kali sahaja ke tahap 35-45. Tapi nak dapat normal bawah 10 memang susah dah akibat Ankylosing Spondylitis ni," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Dalam entri berkenaan, Shafek berkongsi gambar dirinya ketika mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.

A post shared by • ???? ?????? ??????? • (@karlshafek)


Jelasnya lagi, buat masa ini, dia hanya bergantung kepada ubat untuk mengawal keradangan badan yang dialaminya.

"Hari-hari telan ubat untuk kawal radang tu dan ubat tahan sakit sahaja lima ke enam jenis.

"Kalau radang naik sampai 70-80 memang kena jaga-jaga. Masa tu ia boleh serang mata atau tisu badan yang lain," ceritanya.

Sebelum ini, Shafek pernah mengadu mengenai penyakitnya itu sehingga menjejaskan organ matanya.

BACA: Mata Merah Sampai Bernanah, Karl Shafek Risau 'Benda; Itu Datang Balik - "Penat Tau Tak, Tak Payahlah Cari Aku Lagi"

BACA: "Lapisan Mata Hitam Tu Dah Melekat Sesama Sendiri" - Karl Shafek Alami Sakit Mata Serius

Bagaimanapun, kata Shafek, dia tetap optimis untuk menghadapi kesakitan yang dialaminya itu.

"Buat masa ini, sakit belakang memang sentiasa ada. Kena selalu fisio sahaja untuk kurangkan. Adakala sakit sangat juga, tapi mungkin sebab dah terbiasa, jadi hadap sahajalah.

"Mental kena betul-betul kuat untuk lawan. Semoga Allah gugurkanlah dosa-dosaku. Amin," katanya.

Sebagai info, Ankyosing Spondylitis merupakan sejenis artritis yang boleh menyebabkan bengkak pada sendi dan tulang belakang.