,
Laman Utama

Kartel Projek: Selain Sita Helikopter & Kenderaan Mewah Bernilai RM15.7 juta, SPRM Rampas RM3.5 juta Dan ...

Awani
06/04/2021
15:25 MYT
Pembongkaran Kartel Projek oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semakin 'panas'.
Seperti dilaporkan Awani, (SPRM) menyita dua buah helikopter persendirian, lebih 10 kereta mewah dan sebuah kapal persiaran milik ketua sindiket kartel projek bergelar Datuk yang ditahan kelmarin.
Menurut sumber, selain kenderaan mewah yang dianggarkan bernilai RM15.7 juta itu, SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM3.5 juta ketika serbuan di kediamannya pada Isnin.
“Selain itu, SPRM turut menyita banglo, rumah kedai dan pejabat yang dianggarkan bernilai RM29 juta,” katanya, di sini, pada Selasa.
Menurut sumber itu lagi, sebanyak 644 akaun individu dan syarikat yang dianggarkan bernilai RM100 juta turut dibekukan dalam siasatan kes kartel projek.
Beliau turut menyifatkan kemewahan yang ditunjukkan ketua sindiket itu sebagai luar biasa. Katanya, modus operandi kumpulan kartel projek itu ialah dengan membuka lebih 150 buah syarikat dengan setiap individu yang digunakan nama sebagai pengarah syarikat dibayar gaji di antara RM5,000 dan RM8,000.
Syarikat-syarikat itu, katanya, adalah milik suspek.
“Maklumat awal mendapati 114 individu telah digunakan nama untuk membuka lebih 150 buah syarikat.
“Kesemua syarikat ini akan digunakan secara bergilir-gilir untuk memasuki tender/sebut harga di kementerian dan agensi kerajaan.
"Maklumat tender atau sebut harga termasuk spesifikasi projek dan harga siling projek akan disalurkan oleh individu dalam kementerian atau agensi.
Hasil siasatan SPRM, katanya, mendapati hampir kesemua syarikat yang digunakan menggunakan maklumat palsu dari segi kelayakan akademi, sijil profesional mahupun penyata kewangan untuk menyakinkan lembaga tender berhubung keupayaan syarikat-syarikat untuk melaksanakan projek.
Sebelum ini media melaporkan tujuh individu termasuk ketua sindiket ditahan membabitkan kartel projek bernilai RM3.8 bilion.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi di sini pada Selasa mengesahkan perkara itu.
Kredit Foto: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Tekup Bayi Dengan Bantal Sehingga Maut, Pengasuh Direman Tujuh Hari

gempak
07/09/2024
05:25 MYT
Seorang pengasuh wanita direman tujuh hari bermula hari ini selepas disyaki membunuh seorang bayi lelaki berusia lapan bulan di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Taman Kelemak Utama,Melaka pada Jumaat.
Sukan

Tumpaskan Lawan Dalam Tempoh 3 Minit, Jojo Ghazali Bawa Pulang Bonus ASD50,000

gempak
07/09/2024
02:05 MYT
Bintang Muay Thai meningkat naik, Johan 'Jojo' Ghazali Zulfikar, menepati ramalan apabila menumbang Josue Cruz di pusingan pertama saingan One FC 168 di Denver, Kanada.
Viral

Nani Roslan Jadi Emosi Baca Komen Ibu Bapa Pertahankan ‘Abang Bas’ - “Berapa Ramai Rakyat Malaysia Yang Mempunyai Nafsu Terhadap…”

gempak
07/09/2024
01:55 MYT
Pempengaruh dan personaliti Nani Roslan meluahkan rasa berang apabila dia membaca komen reaksi segelintir ibu bapa menyokong video konten ‘Abang Bas’ yang tular di TikTok.
Berita

“Anak Saya Dibedung, Ditutup Dengan Kain…” - Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh

gempak
06/09/2024
15:29 MYT
Apabila isterinya sampai di taska berkenaan, dia mendapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.
Hiburan

“Keluarga Rapat Pun Tak Boleh Dipercayai” - Diana Danielle Puas Hati Abang Bas Sekolah Ditangkap

gempak
06/09/2024
13:25 MYT
Diana Danielle menyatakan rasa puas hati selepas pihak polis menahan seorang pemandu bas lelaki yang memuat naik video membuat konten ‘crush’ bersama penumpangnya yang merupakan murid sekolah pada Jumaat.