Kartunis Terkenal, Artortoise Hidap Kanser Pangkal Hidung Tahap 3

Amri Hassan
Ogos 6, 2020 05:20 MYT
Kartunis terkenal Artortoise dimaklumkan menghidap barah pangkal hidung tahap tiga.
Berita itu dikongsikan sendiri oleh Menteri Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri di media sosialnya pada Rabu.
"Saya yakin ramai mengenali beliau lewat kartun-kartun beliau yang sarat dengan unsur nasihat dan dakwah.
"Sama-sama kita doakan kartunis @artortoise dipermudahkan urusan kimoterapi pada hari ini.
"Saya baru dimaklumkan beliau menghidap Kanser Pangkal Hidung Tahap 3," maklumnya.
Artortoise ata nama sebenarnya Mohamad Ikhsan Kamarudin difahamkan kini sedang menjalani rawatan kimoterapi.
Namun dalam kemas kini terbaharunya, Artortoise sempat melayangkan mesej kemanusiaan susulan tragedi letupan di Beirut, Lubnan baru-baru ini.
Artortoise terkenal dengan lakaran kartun yang menyentuh isu semasa, kemasyarakatan dan dunia hiburan.
Malah, potret figura terkenal tempatan seperti Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Siti Nurhaliza pernah dilakarnya.
#Artortoise #Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri #Kanser Pangkal Hidung