Kasari Penumpang Perempuan & Buat Onar Di Stesen LRT, Kelakuan Lelaki ‘Hilang Akal’ Raih Perhatian Netizen

Izwan Isa
Julai 29, 2023 01:50 MYT

Sepotong video yang memperlihatkan seorang lelaki tidak dikenali mengasari penumpang perempuan dan melakukan onar di Stesen LRT Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur viral di media sosial.

Apa kes ni wehh? Kesiannya tengok perempuan tu, mesti trauma terukk ?? pic.twitter.com/CMA8FiD1Jv

— ?? (@localrkyt) July 28, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menerusi beberapa hantaran yang dilakukan oleh pengguna Twitter, ramai dalam kalangan netizen melahirkan rasa gusar dan marah melihat kelakuan lelaki berkenaan.
Tidak kurang, ada yang turut memuji keberanian beberapa orang penumpang yang membantu menarik dan menahan lelaki berkenaan daripada terus mengasari mangsa.
Selain itu, ada juga yang mempersoalkan aspek keselamatan yang sepatutnya diperkukuhkan oleh Prasarana sebagai antara pengendali sistem pengangkutan awam yang kerap digunakan oleh orang ramai.
Buat masa ini, tiada sebarang pengumuman atau perkembangan terkini daripada pihak prasarana mahupun polis.
BACA: Menteri Pengangkutan Anthony Loke Senyap-Senyap Naik LRT Waktu Puncak, Rasai Bersesak Macam Orang Awam!

#wanita #LRT #Lelaki #Kasari