Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Kasi Hentammm” - Remy Ishak Belanja Foto Hero Malaya Berbaju ‘ARMY’, Netizen Tak Sabar!

Azwa Rahman 10/08/2020 | 08:47 MYT
Aktor kacak Remy Ishak mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi foto hero malaya dalam misi penggambaran filem aksi terbaru mereka berjudul Bakara.
Menerusi laman sosial Instagram, Remy memuat naik foto-foto bersama Bront Palarae, Shaheizy Sam, Hairul Azreen dan Alif Satar yang sedang menjalani latihan bersama tentera Malaysia.

Dulu kami sama-sama satu platoon yang hebat! Kami berperang dalam api kepanasan! Tapi disebabkan lama terperap, timbul masalah lemak berlebihan, gagal menguruskan senjata, buasir, banyak termenung, tak fokus banyak main-main, kami hanya mampu bertahan sebagai askar simpanan dan menambahkan lagi berat badan kami sehingga kini. @adrianteh19 @bront_palarae @shaheizy_sam @alifsatar @hairulazreen

A post shared by Remy Ishak (@remyishak) on

Selain Remy, pengarah filem tersebut Adrian Teh turut memuat naik foto yang sama di laman Instagramnya.
Menurut Adrian, filem tersebut yang sepatutnya sudah menjalani penggambaran terpaksa ditunda berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani pandemik COVID-19.
Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya yang tidak sabar untuk menonton filem ini di pawagam kelak.
“Fuhh power semua ni,” tulis pelakon Nabila Huda.
“Black Hawk Down versi Malaysia,” komen aktor Hairul Azreen.
“Steady!” kata pelakon Sharifah Amani.
“Good luck, berlakon baik-baik, kasi hentam,” ujar seorang wargamaya.
“Tak sabar nak tunggu filem Bakara keluar,” tulis seorang wargamaya.
“Mantap gandingan ni, confirm box-office!” puji seorang wargamaya lagi.
Filem Bakara bakal memaparkan peristiwa sebenar pertempuran membabitkan anggota tentera Malaysia di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia, pada tahun 1993.
#Remy Ishak #Hero Malaya #Filem Bakara
;