Viral

Kasih, Ibu Maafkan Remaja Yang Tikam Mati Suami & Nenek : “Dia Tetap Anak Saya”

gempak
Maliah Surip
14/12/2024
18:29 MYT
Sponsor Banner
Kasih, Ibu Maafkan Remaja Yang Tikam Mati Suami & Nenek : “Dia Tetap Anak Saya”
Kisah seorang remaja berusia 14 tahun menikam mati bapa dan neneknya serta membuat ibunya cedera parah di daerah Lebak Bulus, Cilandak, Jakarta Selatan, Indonesia, hujung bulan lalu menggemparkan republik tersebut.

BERITA TRENDING: Dengar Suara Ghaib, Remaja 14 Tahun B*nuh Nenek & Bapa, Ibu Tenat Ditikam

Suspek yang dikenali sebagai M telah ditangkap dan berdepan hukuman daripada pihak berkuasa.
Namun kasih seorang ibu mengatasi segalanya. Ibu suspek yang berusia 40 tahun mengaku sudah memaafkan perbuatan anaknya walau telah membunuh suami dan ibunya.
Meski mengaku sangat terkesan dengan insiden yang berlaku, ibu yang dikenali sebagai AP itu memaafkan seikhlas hati dan tidak mahu anaknya berdepan hukuman berat.
“Ibunya sudah memaafkan anak dia. Dia kata ‘bagaimanapun ceritanya dia tetap anak saya.’ Itu yang dikatakan ibunya,” ujar wakil pihak polis kepada Kompas.com.
Terdahulu M ditangkap dalam keadaan berlumuran darah selepas membunuh bapa dan neneknya dengan pisau. M juga telah menikam ibunya namun wanita itu terselamat.
Pelbagai spekulasi muncul selepas insiden tersebut berlaku termasuk M didakwa telah mendengar suara ghaib agar membunuh keluarganya kerana sudah lama tidak tidur malam.

BERITA TRENDING: Berang Dicurangi, Lelaki Tikam Isteri Berkali-Kali Hingga Mati

Ironi selepas menjalani pemeriksaan kesihataan jiwa, M dilaporkan tidak memiliki masalah mental dan dia juga tidak mendedahkan sebab melakukan jenayah tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live