Pempengaruh yang juga anak kepada aktor Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona berkongsi foto bilik asrama yang baru didudukinya di United Kingdom.
Menerusi laman sosial Twitter, Leona memuat naik foto biliknya yang sudah dikemas rapi untuk tatapan umum.
“Malam pertama di dalam bilik asrama saya,” tulisnya ringkas.
Menerusi perkongsian tersebut, bilik Leona yang melanjutkan pengajian dalam bidang pengurusan kelihatan selesa dilengkapi satu katil bujang, almari, meja belajar dan tandas.
Dalam pada itu, Leona turut memaklumkan dia menyewa bilik tersebut dengan jumlah £196 (RM976) seminggu.
first night in my dorm pic.twitter.com/xokjg6cHkW