Kasih Iris Leona Kongsi Foto Bilik Asrama Di UK, Harga Sewa Cecah RM976 Seminggu!

Azwa Rahman
September 27, 2022 13:50 MYT

Pempengaruh yang juga anak kepada aktor Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona berkongsi foto bilik asrama yang baru didudukinya di United Kingdom.

Menerusi laman sosial Twitter, Leona memuat naik foto biliknya yang sudah dikemas rapi untuk tatapan umum.
“Malam pertama di dalam bilik asrama saya,” tulisnya ringkas.
Menerusi perkongsian tersebut, bilik Leona yang melanjutkan pengajian dalam bidang pengurusan kelihatan selesa dilengkapi satu katil bujang, almari, meja belajar dan tandas.
Dalam pada itu, Leona turut memaklumkan dia menyewa bilik tersebut dengan jumlah £196 (RM976) seminggu.

first night in my dorm pic.twitter.com/xokjg6cHkW

— leona (@kasihirisleona) September 24, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya teruja melihat bilik Leona yang serba cantik dan tidak sabar menantikan dia menghasil video ‘room tour’.
“Cantiknya dorm! Best dapat bilik sorang,” tulis seorang wargamaya.
“Kami perlukan room tour di YouTube!” ujar seorang wargamaya.
“Kalau kat UiTM ada ni, one person room, i don't mind paying extra. I dont think i want to get to know new people anymore,” komen seorang wargamaya.
“Heaven doh dapat bilik macam ni,” puji seorang wargamaya.
“Cantik mat dorm dia kalau kat uni aku dah macam PLKN HAHAHAHHA,” kata seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 18,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Imbas kembali, Leona bersama kembarnya, Andika Rees Pahamin terbang ke bumi London bagi menyambung pengajian selama tiga tahun.
#Kasih Iris Leona #Asrama United Kingdom #Universiti United Kingdom