"Kasih Sayang Ibu & Anak Tak Boleh Dipisahkan" - Serina Redzuan

Asraf Aided
September 11, 2019 10:46 MYT
Pelakon, Serina Redzuan kini sedang dalam proses menguruskan hak penjagaan anak di mahkamah.
Perkara itu dikongsi Serina menerusi sebuah entri yang dimuat naik di akaun Instagram (IG) miliknya hari ini.
Menurut Serina, biar apa pun yang berlaku kasih sayang seorang ibu dan anak-anak tidak dapat dipisahkan.
"Bersama peguam Syariah saya, Datuk Seri Haji Amli. Doakan dipermudahkan urusan kes mahkamah hak penjagaan anak-anak.
"Apa pun yang berlaku, kasih sayang ibu dan anak tidak boleh dipisahkan, ibu yang melahirkan anak , telah berkorban bertarung nyawa tak perlu dinafikan haknya," tulisnya sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Serina mendoakan agar urusannya dipermudahkan serta mendapat kemenangan dalam kes tersebut.
Terdahulu, Serina pernah mendirikan rumah tangga dengan Gavin Edward O'Luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar.
Mereka bercerai talak satu di Mahkamah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun berkahwin.
#Serina Redzuan