Kasihan Ibu Aliff Aziz, Dihentam, Dibenci Netizen... Sarah Yasmine Ambil Tugas Cerita Hal Sebenar!
Asyikin Mayudin
25/04/2024 00:55 MYT
25/04/2024 00:55 MYT
Makin banyak yang didedahkan, wanita bernama Sarah Yasmine juga meluahkan rasa sedih apabila ibu kepada penyanyi Aliff Aziz tidak mengetahui perkara sebenar mengenai hubungan anaknya dengan aktres Ruhainies.
Dedah Hubungan Cinta Aliff & Ruhainies
Menerusi salah satu perkongsian di Instastory, Sarah mengatakan dia yang terpaksa memberitahu ibu dan ahli keluarga Aliff tentang hubungan cinta yang terjalin antara penyanyi itu dan Ruhainies.
“Benda paling sedih bagi saya, ibu awak tak tahu perkara sebenar dan saya terpaksa menjadi orang yang memberitahu ibu dan ahli keluarga awak yang awak dan dia sebenarnya ada sesuatu (hubungan).
“Ibu awak terima kecaman dan semua sebab dia mahu percaya yang anak dia dan awak (NRF) sebab awak pernah menolong anaknya. Awak berdua tidak memberitahunya perkara sebenar tetapi ia harus didedahkan oleh orang yang menjaganya setiap hari.
“Keberanian awak walaupun NRF, masih mempunyai perasaan untuk ber ‘I love you’, ber ‘I miss you’ semua bila ibu orang kena hentam, dibenci semua orang sebab ‘awak’ juga dan ‘awak’ masih nak tipu semua orang termasuk saya.
“Ok ke kalau itu ibu ‘awak’? Saya tak ok kot tu sebab saya buat ni semua juga sebab buat apa-apa pun dalam hidup, ibu adalah orang yang paling penting dalam hidup semua orang,” ujarnya.
Dakwa NRF Hanya Pergunakan Aliff
Dalam pada itu, Sarah juga mendedahkan NRF hanya mahu mempergunakan Aliff untuk selamatkan diri sendiri selain sentiasa mahu mencampuri urusan rumah tangga penyanyi itu dengan isterinya, Bella Astillah.
“Sarah yang tuliskan. Sebab tak nak dia nampak bodoh dengan kata ‘awak’ sebab ‘awak’ pun nak selamatkan diri dengan menggunakan dia (Aliff) dan dia tahu.
“Sarah selalu beritahu dia, ‘sorry, tapi saya berpihak kepada Bella’. Walaupun Sarah dengan dia sebab untuk Sarah, memang salah tetap salah. Semua benda sepatutnya antara dia dengan Bella.
“Tapi ada saja ‘awak’ selalu nak selitkan diri. Akhirnya selalu dia kena dengar kata ‘awak’ sebab ‘awak’ juga yang mati-mati nak bayarkan itu, ini untuk peguam semua.
“Kesian dia, mungkin rasa terhutang budi sampai nak kene dengar kata untuk semua benda,” dedah Sarah lagi.
Terdahulu, Sarah Yasmine menarik perhatian netizen di laman sosial apabila mendedahkan paparan skrin perbualan antara ‘NRF’ dipercayai aktres Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz.
Antara Instastory Sarah, perbualan antara NRF dan Aliff Aziz itu sejak bulan Mac lalu dan kelihatan mereka sangat mesra dengan panggilan ‘baby’, ‘sayang’, ‘love’ serta ucapan romantis seperti ‘I love you’.
BERITA TRENDING: Bella Astillah Dedah Sebab Kenapa Dia Ikuti Sarah Yasmine Di Instagram
BERITA TRENDING: Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG
#Aliff Aziz
#Bella Astillah
#Ruhainies
#Ibu Aliff Aziz
#Sarah Yasmine
#Siti Hafizah
#Kekasih Aliff Aziz