“Kasihan Kepala Baby Buat Macam Tu”- Dr. Say Dikecam Salah Pegang Bayi

Syafiqah Jalal
Mei 31, 2019 08:00 MYT
Sejak menimang cahaya mata kurang sebulan yang lalu, pengacara My Doctors, Dr. Say Shazril sering berkongsi pengalamannya menjaga bayi.
Perkongsiannya itu sering kali memberi insipirasi kepada ibu bapa serta pasangan yang baru berkahwin.
Namun perkongsian terbaharunya mendapat perhatian. Bukan kerana pengalaman yang dikongsikan tetapi foto yang dimuat naik menunjukkan leher bayinya terkulai ketika didukungnya.
Rata-rata pengikutnya mempertikaikan serta mengecam cara Dr. Say memegang bayinya yang baru lahir itu kerana dilihat tidak betul.
Malah ramai yang menasihati supaya Dr. Say lebih berhati-hati ketika memegang bayinya yang masih lembut.
Namun terdapat juga netizen yang mempertikaikan sepatutnya apa yang dikongsikan oleh Dr. Say itu lebih memberi manfaat daripada memperhatikan caranya memegang bayi.
Dr. Say bagaimanapun tidak membalas komen-komen tersebut sebaliknya berdiam diri.
Dr. Say dan isteri Dr. Azura mendirikan rumah tangga lebih lima tahun lalu sebelum dikurniakan cahaya mata pertama pada 6 Mei lalu.
#Baby #Bayi #Kecam #Dr. Say #Dukung