Penyanyi Siti Norsaida Tarudin mendedahkan seorang pelanggan yang telah menipu di restoran ibunya, Café Mak Salmah.

Kakak kepada penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza itu memberitahu pelanggan berkenaan telah membuat pesanan di restorannya menerusi aplikasi WhatsApp namun tidak membuat pembayaran selepas pesanannya siap dihantar.

“Assalamualaikum, untuk makluman semua, saya hanya nak bagitau ada juga manusia yang buat macam ini, order makanan dan tidak bayar.

“Kesian Mak Salmah. PERINGATAN- Hati-hati dengan penipuan ini. Sila check bank anda sebelum menghantar order mereka. #bukansekalidua @pdrmsia_official @cafe_maksalmah,” tulisnya.

Saida berkongsi perkara tersebut di akaun Insatgram miliknya.

Dek kerana berang dengan pelanggan yang difahamkan telah beberapa kali melakukan perkara tersebut, Saida mendedahkan beberapa maklumat pelanggan tersebut untuk ditularkan.

Pun begitu, Saida menghalalkan makanan yang tidak dibayar itu.

“Korang boleh check nombor telefon tu ternyata penipu anak beranak katanyalah. Kami halalkan makanan tu,” katanya.

Restoran milik ibu mereka, Siti Salmah Bachik itu telah dibuka awal tahun ini dan ia terletak di Cheras, Kuala Lumpur.

Assalamualaikum,untuk makluman semua, saya hanya nak bgtau ada juga manusia yang buat macam ini, oder makanan dan tidak bayar. Kesian mak salmah. PERINGATAN - Hati -hati dengan penipuan ini. Sila chek bank anda sebelum menghantar oder mereka. #bukansekalidua @pdrmsia_official @cafe_maksalmah Korang boleh chek.no tu ternyata penipu anak beranak katanyalah . Kami halalkan makanan tu Amin.

A post shared by Siti Norsaida Tarudin (@sitinorsaidatarudin) on