Kasihan Punya Fasal... Ryzal Bawa Maryam Keluar Rumah, Netizen; "Pakai Glove Tapi Sentuh Dia, Dah Sanitize Ker?"
Amri Hassan
02/09/2021 00:55 MYT
02/09/2021 00:55 MYT
YouTuber Ryzal Ibrahim ditegur netizen apabila membawa isterinya, Maryam Younarae yang kini sedang berbadan dua keluar rumah untuk menemaninya bekerja.
Dalam perkongsian di Instagramnya baru-baru ini, Ryzal mendedahkan Maryam sendiri dengan rela hati ingin mengikutnya keluar biarpun dia tidak menggalakkannya.
"Tiap kali saya keluar Maryam akan tanya 'abang nak sayang ikut tak?'.
"Saya tak benarkan dia ikut, risaukan kandungan dan kondisi badan dia tapi kesian pula tinggalkan dia keseorangan di rumah.
"Saya bagitahu dia 'boleh nak ikut tapi duduk dalam kereta jangan keluar, biar abang je keluar'.
"Kasihan isteri abang penat sampai tertidur tunggu abang selesai urusan kerja. Sejak kebelakangan ni asyik nak berkepit je. Dia nak tambah lagi satu agaknya kan," tulis Ryzal.
Dalam video terbabit, Maryam kelihatan keletihan hingga tertidur di kerusi penumpang sebelah kiri.
Ryzal yang terharu dengan kasih sayang Maryam mengusap-ngusap perut dan tangan isterinya itu.
Namun, netizen yang prihatin dengan situasi pasangan itu menegur tindakan Ryzal yang menyentuh isterinya berlapik sarung tangan dari tempat awam.
"Kamu jangan sentuh dia, virus tersebar menerusi airborne. Kamu tak nampak. Berjaga-jaga.
"Minta Maryam untuk tinggal di rumah kerana dia berisiko, mengandung kan. Walaupun duduk dalam kereta, tapi bila Ryzal dah habis jumpa orang, terus jumpa Maryam dalam kereta tu bahaya. Mandi dulu barulah jumpa okey.
"Awak pakai glove tapi awak sentuh dia. Dah sanitize belum tu?"
"Bahayanya, duduklah rumah. You keluar, balik kena mandi dulu baru jumpa Maryam. Kalau dia ikut, walaupun duduk dalam kereta, sama je," tegur beberapa netizen.