Ahli kumpulan nasyid, UNIC, Najdi menyambut ulang tahun perkahwinannya yang keempat semalam.

Bersempena hari yang cukup bermaknanya itu, Najdi atau nama sebenarnya, Wan Najdi Wan Mohd. Noh, 29, berkongsi kepada umum video majlis perkahwinannya buat pertama kali kepada umum.

"Selamat ulang tahun perkahwinan yang keempat buat isteriku @norazreenrahim.

"Lama abang simpan video kita kahwin ni, tak pernah post...buat kenangan abang menghalalkan bidadari abang," luahnya.

Video yang memaparkan momen majlis perkahwinannya bersama isteri Norazreen Rahim itu dimuat naik di Instagram .

Today, happy anniversary yang ke 4 buat isteriku @norazreenrahim . . . . lama abg simpan video kita kahwin ni.. tak pernah post..buat kenangan abg menghalalkan bidadari abg.. . . . . . sayang hadir dalam hidup betul2 menjadikan abg seorang insan yg menilai kelemahan diri sendiri, kesian syg dapat abg yg serba lemah dan serba kurang, . . . . 4 tahun kita kahwin syg, sudah byk kita tempuh bersama, susah senang, tetap syg bersama dgn abg.. menerima abg sedanya.. . . . . di sini abg memohon seribu kemaafan kerana byk menyakiti syg..semoga tahun 2020 dan seterusnya abg dpt capai cita cita abg menjadi org yg baik dan berjaya.. terima kasih berada di samping abg.. abg cinta syg sepenuh hati abg.. . . . . abg akan menjadi org yg lebih sabar dan tenang.. utk kita dan anak2.. semoga kita ke syurga bersama2..

A post shared by Wan Najdi (@najdiunic) on



Bahkan, Najdi turut memberikan ucapan dedikasi buat isterinya, Norazreen Rahim.

"Sayang hadir dalam hidup betul-betul menjadikan abang seorang insan yang menilai kelemahan diri sendiri, kasihan sayang dapat abang yang serba lemah dan serba kurang.

"Empat tahun kita kahwin sayang, sudah banyak kita tempuh bersama, susah senang, tetap sayang bersama dengan abang, menerima abang seadanya," tulisnya.

"Abang akan menjadi orang yang lebih sabar dan tenang untuk kita dan anak-anak. Semoga kita ke syurga bersama-sama," luahnya.



Najdi dan Norazreen mendirikan rumah tangga pada 2016.

Pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nur Maisarah, 3, dan Wan Musthafa, 1, dan Wan Nur Medina berusia lima bulan.