"Kasihan Sayang Dapat Abang Yang Serba Lemah Dan Serba Kurang" - Najdi Kongsi Video Kahwin Buat Pertama Kali

ZULHILMI JALIL
Januari 30, 2020 05:10 MYT
Ahli kumpulan nasyid, UNIC, Najdi menyambut ulang tahun perkahwinannya yang keempat semalam.
Bersempena hari yang cukup bermaknanya itu, Najdi atau nama sebenarnya, Wan Najdi Wan Mohd. Noh, 29, berkongsi kepada umum video majlis perkahwinannya buat pertama kali kepada umum.
"Selamat ulang tahun perkahwinan yang keempat buat isteriku @norazreenrahim.
"Lama abang simpan video kita kahwin ni, tak pernah post...buat kenangan abang menghalalkan bidadari abang," luahnya.
Video yang memaparkan momen majlis perkahwinannya bersama isteri Norazreen Rahim itu dimuat naik di Instagram .
Bahkan, Najdi turut memberikan ucapan dedikasi buat isterinya, Norazreen Rahim.
"Sayang hadir dalam hidup betul-betul menjadikan abang seorang insan yang menilai kelemahan diri sendiri, kasihan sayang dapat abang yang serba lemah dan serba kurang.
"Empat tahun kita kahwin sayang, sudah banyak kita tempuh bersama, susah senang, tetap sayang bersama dengan abang, menerima abang seadanya," tulisnya.
"Abang akan menjadi orang yang lebih sabar dan tenang untuk kita dan anak-anak. Semoga kita ke syurga bersama-sama," luahnya.
Najdi dan Norazreen mendirikan rumah tangga pada 2016.
Pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nur Maisarah, 3, dan Wan Musthafa, 1, dan Wan Nur Medina berusia lima bulan.
#UNIC #Najdi