Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa pelakon, pengarah dan pengacara terkenal, Datuk Aaron Aziz mempunyai satu pusat tahfiz di Pulau Langkawi.

Dalam satu entri Aaron di Instagram miliknya, dia berkongsi beberapa keping gambar yang menunjukkan satu bangunan yang telah dipecahkan dinding dengan keadaan yang berterabur.

"Kasihan Tahfiz saya di Langkawi dirobohkan. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan di sana. Asrama anak-anak semua harus dibina semula. @journey_to_insyirah

"Please jangan tanya kenapa. Anggap benda yang tak dapat kami kawal. Beyond my control," tulis Aaron yang ternyata kecewa dengan apa yang berlaku.

Kasihan Tahfiz saya di Langkawi dirobohkan....Semoga ALLAH permudahkan segala urusan di sana. Asrama anak anak semua harus dibina semula. @journey_to_insyirah (pls Jangan tanya kenapa. Anggap benda yg tak dapat kami kawal. Beyond my control) ?

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on


Namun ada juga rakan-rakan artis yang rapat bertanyakan hal tersebut di ruangan komen, dan ramai peminat yang mendoakan agar segalanya akan menjadi lebih baik terutamanya untuk anak-anak tahfiz yang menjadi mangsa dengan apa yang berlaku.



Datuk Aaron Aziz antara selebriti yang sering melakukan kerja-kerja amal namun dia tidak banyak berkongsi hal tersebut. Semoga pusat tahfiz tersebut dapat dibina kembali.