Viral

Kasihannya! Lelaki Ini Kena Reject Gara-Gara Jemput Dating Naik Kereta MyVi - "Ni Bukan Taste Aku, Jatuh Maruah"

gempak
Gempak
24/01/2024
10:00 MYT
Sponsor Banner
Kasihannya! Lelaki Ini Kena Reject Gara-Gara Jemput Dating Naik Kereta MyVi - "Ni Bukan Taste Aku, Jatuh Maruah"
Tular sebuah video baru-baru ini yang memaparkan tindakan seorang wanita mengamuk apabila seorang lelaki ini hanya membawa kereta ‘Myvi’ ketika ingin menjemputnya untuk keluar makan malam.
Difahamkan, lelaki tersebut berkongsi keterujaannya untuk keluar pertama kali bersama wanita yang dikenali nya di media sosial itu.
Namun, keterujaan itu bertukar menjadi sedih apabila wanita tersebut bertindak menghina kereta Perodua Myvi yang dipandunya.
"Awak bawa kereta Myvi ke. Awak kata tadi bawa kereta Mercedes.
"Saya tak suka la kereta ni. Bukan taste saya la," ujar wanita tersebut hampa.
Bagaimanapun, lelaki tersebut terus memujuk dan memberikan alasan terpaksa membawa kereta Myvi kerana tayar kereta Mercedes miliknya pancit.
Namun alasan yang diberikan itu tidak diendahkan dan wanita tersebut tetap berkeras untuk tidak menaiki kereta yang dipandunya.
"Ini macam jatuhkan maruah aku la. Aku tak suka la kereta ni. Kenapa tak bawa Mercedes?
"Tak apa la. Kau keluarlah dengan sesiapa yang kau nak. Bye," ujar wanita tersebut dengan nada marah.

Berita Trending: Bangga Tayang Rehat 3 Jam, Wanita Ini Tak Sengaja Bongkar Diri Sendiri Masuk Kerja…

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen menyelar tindakan wanita tersebut dan bersimpati dengan nasib lelaki ini yang dipandang rendah hanya kerana memandu kereta tempatan.
“Tak hina pun bang bawak Myvi, naik motor buruk pun saya naik bang sedih pulak dengar.
“Bersyukur la, Myvi pon smart apa.
“Kalau aku bersyukur dah even ada kereta kancil sekali pun takpe,” tulis beberapa netizen.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah menerima sebanyak 1.2 juta tontonan dan 64.7 ribu sukaan di platform TikTok.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live