Anggota kumpulan ABC, Cik B merayu supaya netizen berhenti menyalahkan ibunya, usahawan terkenal Datuk Seri Vida atas kekalahan mereka di pentas separuh akhir Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) yang berlangsung pada Jumaat.

Sebagai seorang anak, sudah pasti Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 16, terkesan dengan kecaman yang dilontar netizen terhadap ibunya.

Menurut Cik B, bidang seni bukanlah lapangan kerjaya buat ibunya yang merupakan seorang ahli perniagaan.

“Jangan kecam mama saya… Sebab mama saya kepala dia itu perniagaan, kerjayanya bukan dalam bidang lawak.

“Jadi agak sukar bagi dia untuk dia melawak. Kita melawak atas pentas ini bukan macam kita melawak dekat Insta Story atau Instagram.

“Jadi untuk semua netizen.... Please... Please jangan salahkan mama saya atas tersingkirnya ABC.

“Itu dah tertulis setakat itu rezeki kita. Saya percaya rezeki ada di mana-mana untuk kami kumpulan ABC.

“Mama gementar dan mama juga tak sihat. Jadi saya minta tolong sangat-sangat dengan netizen jangan.... Janganlah kecam mama,” katanya kepada Gempak.

BACA: MLS2: ABC Salah Percaturan, Zuzuzu Tiada Rezeki Masuk Final

Dalam pada itu, Vida juga telah memohon maaf secara terbuka kepada anaknya, Cik B dan semua anggota kumpulan ABC menerusi hantaran video di laman sosial Instagram (IG)nya.

BACA: DSV Minta Maaf – “Sebab Saya Cik B dan ABC Tak Dapat Pergi Final…Maafkan Mama Cik B”

Jumaat lalu, kumpulan ABC disingkirkan di pentas separuh akhir MLS dan DSV dijadikan sasaran warganet sebagai punca kegagalan mara ke pentas akhir.

Malah juri tetap MLS2, Datuk Awie juga turut memberikan komen pedas kepada Vida selepas persembahan selesai.

BACA: MLS2: Sokong Komen Awie, Netizen Petik Nama Datuk Vida - “Kesian ABC! Huru Hara Atas Tu!”

MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).

MLS2 juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.


Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS2 KLIK SINI.

Undi mengundi bintang kegemaran anda mudah sahaja, KLIK DI SINI