Kastam Serbu Syarikat Makanan Organik, Rampas Kurma Dari Israel
Gempak
14/03/2024 08:55 MYT
14/03/2024 08:55 MYT
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas kurma dipercayai dari Israel di tiga buah lokasi berbeza melibatkan sebuah syarikat makanan organik di negara ini.
Timbalan Ketua Pengarah JKDM (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad berkata, selepas perkara itu didedahkan di media sosial pada Isnin, pihaknya bertindak menyerbu tiga lokasi berbeza iaitu sebuah kedai di Petaling Jaya, manakala dua lokasi lain iaitu pejabat dan gudang di sekitar Klang.
Beliau berkata, kesemua lokasi tersebut diserbu pada Selasa bermula jam 11.30 pagi.
Kata beliau, seorang lelaki tempatan berusia 40-an dipercayai pemilik perniagaan ditahan bagi membantu siasatan.
"Hasil siasatan awal, kurma dari Israel tersebut dibeli secara pukal bersama barang makanan organik lain dari sebuah negara di Eropah.
"Setelah tiba di negara ini, kurma secara pukal itu dibungkus semula namun isi kandungan atau nutrisi kurma itu perlu disenaraikan pada label bungkusan.
"Pada label pek kurma tersebut terdapat nama asal negara produk itu diperoleh iaitu Israel," katanya dalam sidang akhbar pada Rabu.
Mengulas lanjut, Sazali berkata, pihaknya merampas 73 pek kurma seberat 14.6 kilogram jenama 'Organic Jumbo Medjool Dates'.
Menurut beliau, rampasan tersebut dianggarkan bernilai RM678.
Ditanya mengenai modus operandi cubaan membawa masuk produk Israel itu, Sazali berkata, kurma tersebut dibawa masuk bersama produk organik lain dari sebuah negara di Eropah.
Katanya, kurma Israel itu telah diikrar bersama organik lain dan dipercayai telah dibawa masuk ke Malaysia pada 2022.
Jelas beliau, kurma dari Israel itu telah lama diimport dan disimpan dalam peti ais.
Beliau berkata, harga kurma yang dijual seberat 200 gram adalah RM20 hingga RM30.
"Kita akan membuat siasatan secara lebih strategik berhubung perkara ini dengan melihat sistem dan borang pengikraran barangan yang dibawa masuk ke negara ini," ujarnya.
Foto: Kosmo! Online
Sumber: Sinar Harian