gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Menyamar Jadi Pramugara Kerana Mahu Terbang Percuma 120 Kali
BERITA
Op Pedo Bongkar Pelajar Miliki 5,000 Bahan Lucah Kanak-Kanak
HIBURAN
Penerbit Ada Sebab Tak Undang Pengarah Ke Tayangan Perdana Filem - “Hubungan Masih Tegang, Kes Mahkamah Sedang Berjalan”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

GAYA HIDUP

Kasut Atau Capal, Hitam Atau Coklat? Jom Ikuti Tips Memilih Sepatu Raya

gempak
Amri Hassan
22/05/2020
14:08 MYT
Sponsor Banner
Kasut Atau Capal, Hitam Atau Coklat? Jom Ikuti Tips Memilih Sepatu Raya
Penulis tertarik dengan frasa lelucon yang ditulis netizen di media sosial sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sejak Mac lalu; "Kasut aku pun mungkin ingat aku dah mati"
Ya, ramai antara kita yang sudah lama tidak menyarung sepatu atau kasut untuk keluar rumah, sama ada untuk berkerja atau bersantai.
Tibanya lebaran pasti ramai yang mahu kelihatan segak di pagi raya, tidak kiralah walau hanya bersantai di rumah sendiri atau bersama keluarga.
Oleh itu, Gempak kongsikan sedikit tips memilih kasut yang sesuai untuk digayakan di pagi lebaran mengikut perspektif pemilik jenama kasut tempatan Cipela dan Sudin & Co, Hidayah Hassan.
"Sepasang kasut lelaki elemen yang sangat penting adalah keselesaan, tapi juga ia bergantung pada acuan itu sendiri.
"Adakah ia berbentuk tirus atau kembang dan dalam dia material yang selesa atau tak.
"Jadi untuk raya, kebanyakan lelaki akan memilih warna dark brown untuk dipadankan dengan baju Melayu.
"Namun ia bergantung pada citarasa masing-masing juga. Mungkin ada yang akan kekal dengan pilihan monotone seperti hitam," katanya kepada Gempak.
Tambah Hidayah, selain hari raya, kasut loafer terbaharu keluarannya juga sesuai digayakan untuk acara korporat dan kasual.
"Ada boleh padankan sahaja loafer yang punyai tassle di hadapannya dengan sehelai jeans untuk nampak lebih kasual.
"Ataupun bagi mahukan sentuhan separa korporat, pilih loafer polos mengikut citarasa ada. Be creative!" tambahnya.
Sudin & Co dibuka di Bangsar Shopping Center dan telah menghasilkan koleksi pertama mereka iaitu rangkaian loafer yang diperbuat daripada kulit lembu.
Warna yang dikeluarkan terdiri daripada Camel Nude, Coklat Gelap dan Hitam.
Selain itu, Sudin & Co turut menghasilkan rangkaian capal yang berkualiti tinggi untuk raya kali ini yang dijual bermula RM160.Penulis tertarik dengan frasa lelucon yang ditulis netizen di media sosial sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sejak Mac lalu; "Kasut aku pun mungkin ingat aku dah mati"
Ya, ramai antara kita yang sudah lama tidak menyarung sepatu atau kasut untuk keluar rumah, sama ada untuk berkerja atau bersantai.
Tibanya lebaran pasti ramai yang mahu kelihatan segak di pagi raya, tidak kiralah walau hanya bersantai di rumah sendiri atau bersama keluarga.
Oleh itu, Gempak kongsikan sedikit tips memilih kasut yang sesuai untuk digayakan di pagi lebaran mengikut perspektif pemilik jenama kasut tempatan Cipela dan Sudin & Co, Hidayah Hassan.
"Sepasang kasut lelaki elemen yang sangat penting adalah keselesaan, tapi juga ia bergantung pada acuan itu sendiri.
"Adakah ia berbentuk tirus atau kembang dan dalam dia material yang selesa atau tak.
"Jadi untuk raya, kebanyakan lelaki akan memilih warna dark brown untuk dipadankan dengan baju Melayu.
"Namun ia bergantung pada citarasa masing-masing juga. Mungkin ada yang akan kekal dengan pilihan monotone seperti hitam," katanya kepada Gempak.
Tambah Hidayah, selain hari raya, kasut loafer terbaharu keluarannya juga sesuai digayakan untuk acara korporat dan kasual.
"Ada boleh padankan sahaja loafer yang punyai tassle di hadapannya dengan sehelai jeans untuk nampak lebih kasual.
"Ataupun bagi mahukan sentuhan separa korporat, pilih loafer polos mengikut citarasa ada. Be creative!" tambahnya.
Sudin & Co dibuka di Bangsar Shopping Center dan telah menghasilkan koleksi pertama mereka iaitu rangkaian loafer yang diperbuat daripada kulit lembu.
Warna yang dikeluarkan terdiri daripada Camel Nude, Coklat Gelap dan Hitam.
Selain itu, Sudin & Co turut menghasilkan rangkaian capal yang berkualiti tinggi untuk raya kali ini yang dijual bermula RM160.
Topic Berkaitan
#Kasut
#Capal
#Sudin & Co
Must-Watch Video