Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kasyara Band Tak Sangka Kaut 4 Juta Views Sebulan! - "Menangis Diam-Diam Juga Jadi Lagu Pilihan TikTok Di ..."

Asyikin Mayudin
10/02/2023 13:50 MYT
Siapa sangka, lagu Menangis Diam-Diam nyanyian Kasyara Band yang dilancarkan kira-kira sebulan lalu mendapat sambutan luar biasa sehingga mendapat tontonan lebih 4 juta di YouTube.

Faizal Lubis mewakili ahli kumpulan berkata lagu tersebut mempunyai jalan cerita yang dekat dengan penonton terutama pasangan yang bercinta.



“Menangis Diam-Diam merupakan satu karya yang sangat mendalam maksudnya, ia membuai pendengar dengan perasaan sayang dan cinta terhadap pasangan masing-masing.

“Namun ada ‘plot twist’ tentang rasa cinta itu sehingga timbul kejadian menangis dalam diam. Bukan sahaja mendapat sambutan luar biasa malah ia menjadi lagu pilihan pengguna aplikasi TikTok di Indonesia.

“Rata-rata menyatakan lagu ini mempunyai konsep bunyian muzik awal tahun 2000. Alhamdulillah ini satu penghargaan yang besar buat kami,” kata Faizal.

Faizal dan vokalis Kasyara Band iaitu Kensen mula bersatu hati dengan menubuhkan Kasyara Band pada Ogos 2021.

Sebelum ini mereka pernah menjadi bualan ramai apabila tampil dengan lagu Gerimis Mengundang nyanyian asal kumpulan Slam sebagai batu loncatan kerjaya mereka di Malaysia.

Malah, kekuatan Gerimis Mengundang merupakan satu karya yang turut terkenal di Indonesia satu ketika dahulu turut membuka mata peminat di negara kelahiran mereka itu.

Untuk rekod, Faizal pernah bersama beberapa nama besar industri muzik Indonesia antaranya Rossa, Melly Goeslow dan Radja Band sebelum ini

Menariknya lagi, dia juga sempat bersama kumpulan Noah menggantikan David satu ketika dahulu.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Kasyara #Kasyara Band #Lagu Kasyara Band #Menangis Diam Diam