BERITA
Kata Akhirmu Mendapat Sambutan Luar Biasa, Ariff Bahran Tertekan Hasilkan Single Kedua
Penyanyi Ariff Bahran mengakui mengalami tekanan untuk menghasilkan single kedua selepas lagu pertamanya, Kata Akhirmu mendapat penerimaan luar biasa daripada peminat.
Menurut Ariff, buat masa sekarang dia masih mengumpul material yang sesuai untuk menghasilkan single kedua.
"Alhamdulillah, penerimaan untuk single pertama amat luar biasa dan saya bersyukur kerana permulaan langkah saya masuk dalam industri diterima.
"Untuk single kedua sudah pasti saya mempunyai tekanan kerana orang ingin mahukan sesuatu yang lebih daripada sebelum ini.
"Saya harus lakukan dengan betul-betul supaya single yang akan keluar nanti akan dapat diterima oleh orang ramai.
"Buat masa sekarang saya masih mencari material yang sesuai untuk single kedua dan mungkin lagu itu akan dikeluarkan pada tahun ini juga," katanya kepada Astro Gempak.
Ariff berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Rusa Music & MVM Production di Hotel Royal, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Foto: Instagram
Must-Watch Video