Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Kata Kawan Tapi Fifi & Jay Nak Tikam Belakang Bella? Drama Bersiri Ex Aku Pontianak Penuh Drama!

Azwa Rahman
15/02/2022 13:31 MYT
Sebuah drama bersiri di bawah Gempak Original Series, Ex Aku Pontianak telah menemui penonton selama 10 episod bermula 19 Januari 2022 yang lalu. 

Drama bergenre komedi seram hasil cetusan idea Anwar Hadi ini mendapat sambutan yang cukup hangat sehingga membuatkan ia trending di laman sosial Twitter. 

Episod keempat minggu lalu menyaksikan dua teman baik Bella, Fifi dan Jay mengajak Suraya masuk ke dalam pontibar bersama mereka. Adakah ini satu perangkap?

Menjengah ke laman Twitter, ramai wargamaya berasa cemas dan ternanti-nanti apakah nasib yang bakal menimpa Malik dan Suraya selaku pemburu pontianak serta Bella yang mungkin diperangkap oleh teman-temannya. 

“Bawa jumpa Bella betul-betul ke tu nak perangkap je haihhh,” komen seorang wargamaya.

“Fifi and Jay ni rasanya dah plan dengan Bella. Takkan la pontianak nak makan kawan. Diorang kan makan darah,” ujar seorang wargamaya.

“Ah sudah nak main tolong tolong pulak Fifi and Jay ni. Takkan nak tikam Bella kot,” tulis seorang wargamaya.

“Sedangkan Malik and Suraya boleh tunggu 4 jam, apatah lagi kita tunggu next week. Lama woiiii!!!!” kata seorang wargamaya lagi.

Jangan lupa saksikan episod terbaharu drama bersiri Ex Aku Pontianak pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria (104). 

Ia turut boleh distrim menerusi portal Gempak, aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
 
#Elizabeth Tan #Alicia Amin #Ex Aku Pontianak