Pakar kesihatan mendedahkan tekanan atau stres menjadi faktor utama golongan muda maut akibat serangan jantung.
Pengamal perubatan am, Dr Zubaidi Ahmad berkata, serangan sakit jantung bukan hanya dipengaruhi oleh faktor kesihatan seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan obesiti, bahkan stres telah dibuktikan berdasarkan penemuan baharu oleh pakar perubatan.
"Stres itu menjadi penyebab masalah serangan sakit jantung dalam kalangan orang muda. Banyak penemuan baharu yang diterbitkan dalam jurnal. Kita tengok stres berlaku kepada kebanyakan orang. Stres ini akan menyebabkan jantung kita tidak berfungsi dengan normal.
"Sesetengah orang, dia ingat dia tiada stres tetapi kalau lihat degupan jantung, degupannya laju. Tak cukup tidur, asyik bermimpi, naik baran tetapi dia kata dia tiada stres. Stres ini sukar dikesan bukan seperti penyakit kronik yang lain.
"Stres dalam golongan orang muda ini saya percaya pertama keadaan pekerjaan, kewangan, hubungan sesama kawan dan masalah persekitaran. Masalah ini akan menjadi penyebab kepada stres dan bahaya. Cuma tidak ada orang yang rasa dia stres," katanya kepada Sinar Harian.
Bahkan menurut Dr Zubaidi, beliau sendiri pernah berdepan dengan beberapa pesakit kronik yang disebabkan oleh stres.
"Contohnya saya berdepan kes seorang lelaki yang merupakan pengajar kecergasan di gimnasium. Disebabkan dia banyak bekerja, tak banyak rehat, dia sendiri mengaku dia kena strok.
"Begitu juga dengan selebriti dan pelakon. Mereka banyak terlibat dengan penggambaran. Tidak cukup tidur. Itu menyebabkan stres pada diri dia dan mungkin ditambah dengan stres sekeliling. Anak dan isteri terpaksa tinggal. Ini menyebabkan jantung dia mengalami masalah fungsi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengapa golongan muda pada masa kini mudah berdepan risiko serangan jantung walaupun menjalani kehidupan yang sihat.
Terbaru pelakon Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Ashraf Sinclair, 40, dilaporkan meninggal dunia pagi semalam dipercayai akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.
Ashraf meninggal dunia awal pagi, kira-kira jam 3.45 waktu tempatan dan berita sedih itu disahkan oleh pengurus isterinya, Bunga Citra Lestari, Doddy menerusi perbualan aplikasi WhatsApp.
Mengulas lanjut Dr Zubaidi berkata, sekiranya stres dibiarkan tanpa diubati, dalam tempoh lima hingga 10 tahun, seseorang pesakit akan berdepan dengan kesannya.
"Stres ini juga mengambil masa. Bukan hari ini kita stres dapat serangan jantung. Sebenarnya mengambil masa yang sama dengan serangan jantung. Kita tidak tahu kita ada penyakit kronik. Kalau ikut kajian, stres dalam kalangan rakyat Malaysia sudah makin tinggi. Dalam 50 peratus.
"Sebab itu saya minta, selama ini kita hanya fokus kepada obesiti, tetapi kita juga harus fokus kepada stres sebab sekarang ini ramai orang dah stres. Kita stres di jalan raya. Itu tanda-tanda dia,” katanya.
Dalam pada itu katanya, stres juga mendatangkan seperti masalah mental, kemurungan dan boleh menyebabkan pesakit mempunyai keinginan untuk membunuh diri.
Berikut merupakan artis dan ahli sukan Malaysia yang meninggal dunia kerana serangan jantung
Ashraf Sinclair, 40
Pelakon Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Ashraf Sinclair, 40, dilaporkan meninggal dunia pada 18 Februari 2020 dipercayai akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.
Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair meninggal dunia kira-kira jam 3.45 waktu tempatan.
Ashraf yang lahir di London, England pada 18 September 1979 mengahwini penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari pada 2008 dan mempunyai seorang anak lelaki yang baru berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair.
Mohd Faizal Yusuf, 33
Pelakon Mohd Faizal Yusuf, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam, Kuala Lumpur kira-kira jam 1.45 petang akibat serangan jantung pada 1 Januari 2011.
Faizal dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira 9 pagi akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie.
Hani Mohsin, 41
Pelakon, penerbit dan hos program TV, Hani Mohsin, 41, meninggal dunia di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) pada 25 Julai 2006.
Hani disahkan menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung oleh Hospital Serdang selepas beliau dibawa dari Klinik Pusrawi di LCCT.
Allahyarham ketika itu sedang menunggu penerbangan ke Alor Setar, Kedah sebelum pergi ke Langkawi.
Shamrin Fotograf, 45
Vokalis kumpulan Fotograf, Shamrin atau nama sebenarnya Mohd Shamrin Abd Samad, 45, meninggal dunia akibat sakit jantung kira-kira jam 6.40 petang pada 11 November 2010 ketika menyertai perlawanan bola sepak persahabatan dengan sebuah syarikat insurans di Kelab Sulatan Sulaiman, Kuala Lumpur.
Allahyarham yang popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta pada era 90-an mengadu kekejangan otot semasa bermain bola sepak sebelum terduduk di atas padang.
Sebelum meninggal dunia, dia mengadu kepenatan kerana menghadiri pertunjukan pentas malam sebelumnya.
Mohd Suffian Abd Rahman, 41
Penjaga gol nombor satu Terengganu FC, Mohd Suffian Abd Rahman meninggal dunia akibat serangan jantung pada 17 Ogos 2019.
Pemergian pemain berusia 41 tahun itu mengejutkan ramai pihak berikutan pasukan yang diwakilinya akan menentang Negeri Sembilan dalam saingan Piala Malaysia pada malam berkenaan.
Bekas penjaga gol kebangsaan itu menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Terengganu.
Jacky Ng Kiat Kee, 25
Pemain bola keranjang kebangsaan, Jacky Ng Kiat Kee, 25, meninggal dunia dipercayai akibat sakit jantung ketika menyertai satu kejohanan jemputan di China pada 28 Julai 2013.
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan pada ketika itu, Chey Tat Woon.
Beliau berkata mendiang dilaporkan pengsan ketika berada di bangku pemain simpanan pada kira-kira 4.30 petang waktu tempatan di Jinjiang.
Amri Hassan
Wed Feb 19 2020
Baby Boy Atau Baby Girl? Jantina Baby Kamal Adli & Uqasha diumum | Oh Baby Kamal & Uqasha
Ni dia yang ditunggu tunggu semua orang, akhirnya the secret’s out! Tahniah to this beautiful couple Kamal Adli & Uqasha Senrose on welcoming their new bundle of joy & Alhamdulillah it’s a ….. Watch till the end for the surprise
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Ippo Hafiz Perjelas Dakwaan Lari Anak Kedua - “Saya Beritahu Isteri Buat Masa Ini Biar Saya Jaga”
Ippo Hafiz beri penjelasan
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini