Hiburan
"Kata-Kata Awak Boleh Dimaafkan, Tapi Tak Boleh Dilupakan" - Alvin Chong Tersinggung Dengan Siapa?
Pelakon popular Alvin Chong telah membuat luahan menggambarkan dirinya tersinggung dengan seseorang.
Luahan tersebut ditulis menerusi status di akaun Twitter miliknya.
Menurut Alvin, dia berasa tersinggung dengan individu tersebut namun memilih untuk berdiam diri sahaja.
"Saya berdiam diri bukan bermaksud saya tidak menyedari apa yang berlaku,
"Hati-hati apabila menuturkan kata-kata kerana ia boleh dimaafkan tapi tak boleh dilupakan," tulisnya.
Walau bagaimanapun, Alvin tidak menyatakan dengan jelas tentang individu yang dimaksudkan itu.
Di ruangan komen, rata-rata netizen telah memberi sokongan positif terhadap Alvin.
Alvin mulai aktif di industri hiburan tempatan selepas menyertai program nyanyian Astro Star Quest pada tahun 2012 dan meneruskan kariernya sebagai seorang penyanyi dan pelakon sehingga kini.
Must-Watch Video