Hiburan
"Katanya Nak Pakai Lepas Operate Tapi..." - Abang Kongsi Video Barangan Arwah Adik, Sedihnya!
"Aku masih tak percaya yang hang dah tiada," itu bait-bait kata meruntun jiwa seorang abang selepas adiknya menghembuskan nafas terakhirnya, baru-baru ini.
Perkongsian video di Twitter oleh Mohammad Aiman Farhadan, 18, itu kemudian mendatangkan rasa sebak dalam kalangan netizen.
Menerusi posting tersebut Aiman berkongsi kisah mengenai adiknya, Hakal Najmi Mohd Zura, 15, yang bertarung nyawa melawan kanser.
"Adik aku tak kuat adik. Aku masih tak percaya yang hang dah tak ada, ya Allah," katanya.
Menerusi video berkenaan juga, Mohammad Aiman turut berkongsi barangan yang dibeli oleh adiknya sebelum bertemu ajal.
"Dia kata dia nak pakai lepas dia pembedahan. Barang tu dah sampai tapi hmmm," katanya.
Video berkenaan kemudian membuatkan ramai netizen sebak dan sayu.
Ada yang tidak sanggup melihat video tersebut hingga habis dan tidak kurang juga yang melahirkan rasa simpati terhadap nasib menimpa Mohammad Aiman.
Anda boleh lihat video penuh berkenaan di bawah.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.