Katy Perry Berkabung Kitty Purry Mati

Amri Hassan
April 22, 2020 07:45 MYT
Selepas 15 tahun hidup bersama, kucing milik penyanyi antarabangsa Katy Perry yang diberi nama Kitty Purry mati.
Masih terkesan atas kehilangan haiwan kesayangannya itu, kata Perry kucingnya itu telah menjadi peneman terbaik sepanjang hidupnya.
"Kitty Purry menyelinap masuk ke tingkap rumah bekas teman lelaki saya 15 tahun lepas ketika itu dia bunting dan mencari perlindungan.
"Malangnya, Kitty telah menghabiskan 9 nyawanya malam tadi dan saya harap dia bahagia dia syurga. Terima kasih atas kasih sayang dan persahabatan sepanjang tempoh kita bersama," tulis Perry di Instagramnya.
Kitty pernah menemani Perry ke beberapa konsert seluruh dunia dan muncul dalam muzik video I Kissed A Girl sebelum ini.
Dalam pada menerima hakikat ketiadaan haiwan kesayangannya itu, Perry juga sedang meniti hari bahagia bakal bergelar ibu tidak lama lagi bersama aktor Orlando Bloom.
#Katy Perry #Kucing #Kitty Purry