Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Katy Perry, Orlando Bloom Umum Bakal Dapat Baby Girl

Mya Amri
05/04/2020 22:35 MYT
Penyanyi antarabangsa, Katy Perry bakal menimang cahaya mata perempuan.

Berita gembira itu dikongsi Katy menerusi muat naik terbaru di akaun Instagramnya semalam.

“It’s a girl,” tulisnya ringkas.

Posting tersebut juga turut disertakan dengan foto tunangnya, pelakon Orlando Bloom yang sedang tersenyum dengan kesan frosting kek berwarna merah jambu.

? it’s a girl ?

A post shared by KATY PERRY (@katyperry) on


Menerusi ruangan komen, rakan-rakan artis juga turut mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.

“Yaaaayyyyy” - @dualipa

“Saya tak sabar nak tunggu,” - @ritaora


Terdahulu, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 14 Februari 2019, sempena Hari Kekasih, selepas tiga tahun hangat bercinta.
#Katy Perry #Orlando Bloom