Penyanyi popular Hollywood, Katy Perry jatuh pengsan di uji bakat American Idol baru-baru ini, lapor Astro AWANI.

Penyanyi yang popular dengan lagu Dark Horse itu dilaporkan pengsan akibat terhidu gas.

Menerusi laporan Fox News, Katy telah memberitahu kepada dua lagi juri rancangan tersebut yang dia telah menghidu bau gas.

Mereka kemudiannya keluar dari bilik uji bakat dan mengarahkan semua peserta yang hadir untuk keluar dari situ.

Tidak lama selepas itu, Katy rebah secara tiba-tiba di kawasan orang ramai berkumpul.



Ada peminat yang bersimpati apa yang menimpa penyanyi tersebut dan mendoakan supaya penyanyi tersebut dalam keadaan baik.

Namun pada masa sama ada sesetengah peminat yang merasakan bahawa ia adalah lakonan semata-mata untuk menaikan rating rancangan realiti tersebut.

Sumber : Astro AWANI